CATATAN HARI INI: CUKUPLAH SAMPAI SINI

aku rasa tahap kesabaran aku dah abes da. aku rasa "si pembelit" ni makin menjadi2. jaga2 jangan sampai diri sendiri yang terbelit. aku dah sampai 1 tahap yang aku rasa aku dah tak boleh nak memaafkan. ape yang kau pernah cakap kat aku pasal si polan itu dan ini,semuanya diterbalikkan pada aku. sebab dah "desperate" sgt xde kawan ke kau buat cm tu? bukan aku nak mengungkit... tapi aku rasa "orang-orang" macam kau ni, bile dah susah baru nak beringat.

kau kata, dia tu penipu, xnk layan dia, kau call aku malam nak bgtau dia cerita kat si polan itu dan ini, kau cakap tak payah tolong dia, itu dan ini. kau benci dia.. tapi aku tetap beranggapan baik dengan dia. sedikt pun tak pernah aku sampaikan apa yang kau cakap pasal dia. dan sekarang, sebab kau tak de kawan.. kau makan apa yang kau cakap. Allah tunjukkan..

aku berserah pada Allah, dia yang menentukan perjalanan hidup aku kat atas muka bumi ini. dia yang memberi rezeki, kesenangan, kesusahan pada manusia. aku sentiasa menerimanya kerana itulah ketentuannya. anggap saja kita tak pernah kenal antara 1 sama lain kerana aku tak perlukan "orang-orang" macam kau dalam kehidupan aku. 

sekiranya aku dianiaya, aku bermohon pada Allah dengan doadoa aku. kerana doa orang teraniaya akan di makbulkanNya. andai aku yang menganiaya sesiapa, aku akan mendapat balasanNya setimpal dengan perbuatan aku sama ada di sini (dunia) mahupun di akhirat.  walllahualam