LAPORAN POLIS DI BUAT 12.35 tadi |
BALAI POLIS MUADZAM
malam semalam, saya study di hall bersama2 Dell dan Dya. selalunya saya study di bilik saja, tetapi malam semalam nak study kat luar pulak. Dya dan Dell masuk ke bilik mereka awal setengah jam dari saya.. dalam pukul 1.15 pagi. dan saya berseorangan menghabiskan menulis nota2. saya terdengar bunyi orang berjalan.. dalam hati berkata2 "HANTU KE?". tapi buat tak endah saja.. beberapa minit kemudian, bunyi besi di tarik, jantung bergedup laju. tapi saya xnak toleh belakang. rasa takut walaupun berada di dalam rumah yang berkunci rapi. dan saya terdengar bunyi "KREEEKKK" sebanyak 2x, tetap tidak mahu toleh ke belakang walaupun nak tahu ape sebenarnya ade kat luar tu.. then dengar lagi bunyi "PAPPP" dan terus toleh belakang arah tingkap. bila tengok tingkap tu.. separuh langsir dah terselak dan tingkap tu dah ternganga besar. mungkin org tu ingat xde orang kat rumah saya / ingat sume orang dah tido. tu yang dia cuba nak intai2. saya dah tak boleh nak bangun sebab terperanjat, then terus call dya yang kat bilik. saya rasa kat belakang rumah pun ade orang sebab saya dengar bunyi tingkap di buka dan di tutup. Dya cakap, dia dengar bunyi pintu gate belakang seolah2 dibuka. saya terus ketuk bilik dell dan tanya Dell ade orang nak masuk rumah. Dell tengok tingkap bilik dah terbuka luas. kami semua takut nak tengok luar dan ambil keputusan untuk duduk dalam bilik masing2. pagi2 bangun tidur tengok mangga gate belakang dah tersangkut kat pagar hijau. SAH2 LA ADE ORANG NAK MASUK RUMAH.
tadi pergi buat report, hoi, punya la menyirap saya dengan polis tua xsedar diri.. hello, kau ingat sume budak U ni semua suke bogel2 ke?? cakap tu jangan sebarang cakap. kau boleh lagi cakap...
polis tak sedar diri 1: BIASA LA TU... ORANG INTAI2. KALAU TAKUT BGTAU, BOLEH SAYA DATANG TIDO DENGAN KAMU"..
awak semua geram tak?? saya dan Dya tak terkata. polis perempuan kat situ pun.. MUKANYA BERUBAH!
polis tak sedar diri 2: KALAU DUDUK RUMAH, JANGAN LA BOGEL2, SAYA PUN GERAM TENGOK KALAU MACAM TU.
dah la, saya tunggu polis nak amek report punye lama. macam tunggul kayu pulak kan. nasib baik ade EN. HANAPI (polis trafik) yang sedikit sebanyak membantu. polis wanita tersebut mengikut arahan polis tak sedar diri 2, amek laporan. EN.AZMIE memang di tugaskan menjaga kwsn perumahan saya. ceritanya, malam semalam juga mendapat laporan pada jam 12.30 malam (sama kes cm kat rumah saya). dan rumah saya pula kene pada pukul 1.40pagi dan baru membuat laporan hari ini. En. AZMIE membuat rondaan malam ini.
POLIS 2 ORANG TAK SEDAR DIRI TU.... banyak2 la beramal bulan puasa ni. kalau la anak bini, adik kakak kau kene macam kiteorang ni, apa kau rasa?? HAPE KAU INGAT KES2 ROGOL, BUNUH, SAMUN, ROMPAK NI SUME MELIBATKAN ORANG2 YANG SUKA BOGEL2 DALAM RUMAH KE?? cakap guna otak, jangan ikut sedap mulut kau je..