as salam..
hmm.. dah tak tau macam mana nak mulakan. apepun alhamdulillah.. batuk2 yang teruk semakin berkurangan apabila pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. keadaan semakin baik walaupun kadang2 berlaku perkara yang tak terduga cthnya.. batuk berdarah dan sesak nafas secara tiba2. harap2 lepas ni xberlaku lagi. saya teramat risau kerana telah meninggalkan kuliah hampir 1bulan ( 3minggu lebih xpergi kuliah). pastinya banyak ketinggalan. apapun saya berusaha untuk mengumpul segala maklumat tentang peperiksaan daripada kawan2. terima kasih kepada yang sudi berkongsi dan membantu. terima kasih sangat2 sebab membantu memberi tips dan notes untuk exam AHAD ni -24 OGOS ini.
menceritakan ssedikit pengalaman di hospital. saya seorang yang sememangnya TIDAK SUKA pergi hospital, TIDAK SUKA jumpa doktor, TIDAK SUKA makan ubat dan TIDAK SUKA bau hospital. semuanya TIDAK SUKA. ditambah lagi dengan DOKTOR YANG CEREWET, STAFF NURSE YANG GARANG -buat keje kasar sangat2. suka2 hati salah cucuk, suka2 hati pasang tube terbalik, suka2 hati dia lah nak buat ape kat manusia yang masih bernyawa ni. saya memang tak tidur malam.. sangat sukar untuk tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya. secara automatiknya saya akan terasa mengantuk yang amat pada pukul 4.30 pagi dan akan terjaga dengan sendirinya pada pukul 5.30 pagi/ 6 pagi. itu adalah waktu tidur saya setiap hari sejak 3bulan ini. doktor telah menyuntik saya untuk tidur tanpa bangun/terjaga dalam tempoh tertentu. saya rasa tidur yang amat menyakitkan badan kerana saya tidur secara "TIDUR ORANG SAKIT" tegak sahaja tanpa mengiring ke kiri/ke kanan. bila saya terjaga.. badan saya sakit2. kepala saya berat dan mamai dan PENING.
keputusan telah di ambil.. SAYA TAK MAU PERGI HOSPITAL LAGI SELEPAS INI.