catatan hari ini: KITA KAN 1 MALAYSIA..

as salam,tadi baca blog BEN ASHAARI. baca tentang isu AZAN (klik sini). hmm, saya xnak komen pasal isu AZAN sb majoriti umat manusia dalam malaysia tak setuju dengan isu tu. SAYA PUN TAK SETUJU. just nak cakap sikit la... perasan tak, waktu azan kat dalam malaysia ni berbeza.. itu bermakna, seluruh Malaysia akan berkumandang suara AZAN TANPA HENTI. begitu juga dengan negara lain. SATU DUNIA AKAN BERKUMANDANG SUARA AZAN TANPA HENTI. fikirkanlah... APABILA AZAN BERKUMANDANG, kita bukan sahaja bersiap sedia untuk menunaikan solat, tetapi sebagai orang islam perlu JAWAB AZAN. kalau tak berkumandang suara azan di surau/ masjid.. MACAM MANA TU YE?? tentunya tak tahu.. DAH MASUK WAKTU / TIDAK. alasan yang di beri.. "supaya tidak menggangu orang sekeliling dan alasan lain--> xmasuk akal.

ok, sikit je sentuh bab azan tu. sebenarnya saya tertarik dengan ini:



" kejadian kat atas tu bkn brlaku kt malaysia kot... aku prnh jth moto n cina yg tolong aku g klinik. prnh jga cina bagi aku potong q masa kt kaunter tesco ketika dh dkt2 nk buka puasa. sbnrnya cina n india kt keliling kita x de masalah. yg selalu buat masalah tu sbb ada masalah mental mcm alex cheung "

Ala.. tak jumpa dah komen tu.. Komen tu berbunyi cam ni .. Dia sedang beratur kat satu restoran ni.. Depan dia ni ada sorang cina beratur.. Bila cina tu perasan dia ( melayu ) dok beratur belakang dia , dia bagi Melayu tu  beli dulu.. Haa.. lebih kurang gitu laa.. Berlaku di Malaysia yer.. hehehe .. Tempat lain , aku tak tau la.. tak sampai lagi ..
 

ye..memang betul, bangsa CINA dan INDIA memang tak de masalah pun kat sekeliling kita. 

PENGALAMAN SAYA:
Saya menaiki bas dari melaka ke johor bahru. bulan puasa tahun lepas ye.. saya bersiap sedia bekalan untuk berbuka di dalam bas. dan seat saya adalah single seat. sebelah kanan saya couple seat.yang duduk kat couple seat sederet saya tu budak cina, usia dalam 18-19 tahun bersama 2orang lagi rakan mereka. kami berpandangan dan bertukar senyuman. bagi saya.. saya tak kisah kalau mereka nak makan. saya tiada masalah di situ. yang membuatkan saya BANGGA adalah... mereka NAK MAKAN, ROTI DI TANGAN.. apabila memandang saya, mereka letak semula makanan dan minuman ke dalam plastik bekalan mereka. betapa mereka MENGHORMATI saya yang sedang berpuasa sedangkan mereka boleh makan kalau mereka mahu. tetapi di sebabkan mereka HORMAT mereka juga "berpuasa" sama. 

paling best bile kami berbuka bersama. ini adalah kenangan saya bersama bangsa lain yang menghormati saya yang sedang berpuasa dan akhirnya kami berbuka bersama2 di dalam bas. bila AZAN BERKUMANDANG di radio, saya berbuka dan mereka juga turut makan. menahan lapar kerana mereka tak jadi nak makan ...