CATATAN HARI INI: MALANG TAK BERBAU

as salam.. 
siapa antara kita yang mahu kemalangan berlaku ke atas diri kita. tentunya tidak bukan? semua orang mahukan perjalanan yang selamat pergi dan balik.. hari sabtu (13/8/2011) yang lalu, saya dan rakan serumah di kejutkan dengan kemalangan jalanraya di jalan ROMPIN-MUADZAM SHAH yang melibatkan ELLY (housemate). biasanya NISA akan ikut ELLY pulang ke rumahnya di PEKAN,PAHANG. saya ade berbual dengan nisa.. ye la biasanya mereka balik bersama.. kali ini elly balik berseorangan. dan nisa mengatakan yang mereka ade exam esok ,14/8/2011(ahad), saya juga ada exam pada ahad tersebut dan kami 1 dewan exam. so, nisa cakap lagi.. elly sampai kejap lagi. sampai waktu berbuka puasa, elly masih tak sampai2. masa kat dapur, terdetik di hati nak bertanya, kenapa elly tak sampai2 lagi? tapi memang tak tertanya pun. lepas dah berbuka dan berkemas, nisa terus cakap, kejap lagi mak ayah elly dtg nak tumpang solat. dalam hati.. kenapa mak ayah elly hantar elly sedangkan elly drive sendiri. dan saya memang tidak mahu bertanya tentang perihal mereka hanya berdiam saja. 

tak berapa lama lepas tu, Dell bgtau. elly accident. nisa pun cakap elly accident dan teruk. memang saya tak boleh nak cakap ape. bila nisa dan dell cakap kereta elly totally lost.. bermakna memang teruk la. langgar tiang sampai tiang pun patah dua. kalau ayah elly cakap, kalau tengok kereta tu.. orang akan cakap "MATI BUDAK DALAM KERETA NI". oh, saya terus terbayang2 pengalaman keluarga yang terlibat dalam kemalangan yang sememangnya kereta hancur remuk-terkeluar segala enjin, tetapi pemandu dan penumpang terselamat. syukur. 

saya tak terus tengok elly sebab saya tau.. dia masih dalam keadaan terperanjat. biar dia tenang dulu.. esoknya, jumpa di dewan peperiksaan sebab masing2 keluar awal. badannya bengkak dan sakit katanya kerana dia memakai seat belt semasa kemalangan berlaku. cuba bayangkan kalau dia tak pakai seat belt?? pastinya akan tercampak keluar dari kereta. dan mungkin perkara lebih buruk berlaku kat dia. mungkin seat belt tu penyelamat bg Elly. dan bibirnya ade kesan pecah dan bengkak, mungkin terhentak kat stereng. elly bernasib baik kerana ada yang membantu kerana laluan ROMPIN-MUADZAM, agak  lengang dan jarang kenderaan melaluinya apatah lagi pada waktu petang dan maghrib. bagi pengguna jalan ROMPIN-MUADZAM SHAH, anda perlu berhati2 di KAWASAN PERKAMPUNGAN ORANG ASLI.. ada apa kat situ... anda xperlu tahu, tetapi JANGAN MEMANDU LAJU DI KAWASAN TERSEBUT- sumber dari BALAI POLIS, MUADZAM SHAH (masa buat assignment OSHA dapat info ttg jalan2 yg bahaya kat Muadzam ni)















p/s: cerita ayah elly mungkin satu petanda Elly akan terlibat dalam kemalangan kerana pada hari jumaat elly memandu kereta ayahnya dan dia telah melanggar kambing. keesokan harinya, elly terlibat dalam kemalangan yang dikatakan cuba mengelak sesuatu lalu melanggar tiang yang menyebabkan keretanya remuk teruk.