CATATAN HARI INI: SINGAPURA JAMMED?? JOHOR APATAH LAGI??

kawan sedari KECIL~ ICHI

SINGAPURA JAMMED?? bukan lah perkara biasa ye jalan keluar-masuk SINGAPURA-JOHOR BAHRU jammed teruk gile. tak terperanjat pun.. ahahahaha. tapi bila masa2 nak menyambut hari2 perayaan spt HARI RAYA ni memang bertambah2 teruk la jammed. kalau jammed hari-hari biasa pun boleh dikatakan TERUK, ni kan lagi bile nak menyambut hari raya.. lagi BERTAMBAH TERUK la jammed tu. ade dua pilihan, sama ada melalui jalan biasa atau 2nd Link. hmmm... walaupun ade laluan alternatif, jammed tetap jammed. seorang kawan sedari kecil... mungkin nak masuk singapura atau nak keluar dari singapura (masuk johor) terperangkap dalam jammed. penat la wei kalau kereta tu manual... penat kaki.. kaki pulak yang jammed nanti.. tekan klas tekan break.. penat. kalau kereta bergerak la.. kalau tak bergerak.. hah.. kat situ la... pandang depan, kiri, kanan ,tengok  cermin pandang belakang. penat menunggu.. penat duduk dalam kereta.. 

beberapa bulan lalu.. nakpergi jemputan kahwen kawan. wahh.. jammed 4jam ye. padahal rumah dengan dewan majlis tu sekankang kera je.. disebabkan ade banyak jemputan kahwen la bawak kereta, kalau 1 aje.. jalan kaki aje. siap boleh tumpang rumah cousin sementara nak tunggu jammed reda. kebetulan lalu kawasan perumahan cousin tu, so singgah setelah 4jam duduk hangus rentung dalam kereta. cuaca panas, bukak aircond pun xrasa ape. sebab tu rentung hangus. 

ni kan pulak nak masuk singapura... bak kata kawan sedari kecil... lupakan saje bagi sesiapa yang nak masuk singapura. anda akan sampai esok pagi selepas sahur.. jauhnya macam perjalanan 12jam utara-selatan. terbayang2 jammed kat pantai lido, danga bay, second link for sure bagi kenderaan berat, kereta2, motor2, bas2. jalan ke larkin juga akan jammed kerana jalan larkin adalah jalan alternatif untuk mereka mengelak jammed di tambak johor/ pantai lido, danga bay. wahhh.. saya membayangkan jammed sampai ke skudai... TUTA (tmn.ungku tun aminah).. hmmm. johor sesak okey!! tak sanggup!

tempat shopping pulak... pastinya PLAZA ANGSANA di serbu oleh orang2 singapura, orang2 johor, orang2 Indonesia, nepal, vietnam, pakistan, dan lainnnnn.. ANTARABANGSA ye kawan2. pastinya siapa yang lambat shopping MACAM SAYA.... memang tak akan dapat BAJU RAYA, KASUT RAYA, BEG RAYA, TUDUNG RAYA... semua habis!!! kalau ade pun.. alahai HARGA YANG MERUNTUHKAN!! tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. nak balikkkkkkkkkkkkkk sekaranggggggggggggggggggggggg!!!!