CATATAN HARI INI: SUSUK DAN JIRAN SAYA




pelbagai jenis susuk

pic: cik Google

as salam,
saya ingin berkongsi secebis kisah benar.. kisah jiran saya. bukan untuk mengaibkan, tetapi ingin memberi  sedikit  ingatan kepada kalian dan juga diri saya tentang pemakaian susuk. seingat saya.. rupa bentuk wajahnya tidak pernah berubah sedikit pun. sejak saya kecil sehinggalah saya dewasa hari ini. dia yang saya panggil atok selalu bertandang ke rumah menjenguk nenek. kami seperti bersaudara. 

dulu, masa saya kecik2... nenek slalu cakap. kalau atok tu meninggal dunia, dia mesti datang rumah kita lagi. saya tanya.. kenapa? buat ape dia datang lagi? nenek cakap.. sebab atok tu pakai susuk. dia datang untuk makan. makanan semua akan jadi basi. kalau atok tu tak buang susuk dia, dia mesti datang kat rumah orang2 yang dia pernah datang semasa hidupnya... saya masa tu tak faham dan tak tau SUSUK tu ape.so dengar aje dan lame2 saya faham. tapi bila dah tahu pun xdelah menjauhkan diri atautakot dengan atok. still sama je macam selalu.. kesian atok..

bila semakin besar..kadang2 aku terfikir, kenapa atok xnak buang susuk tu?? pernah juga tanya nenek. nenek cakap, orang yang masukkan susuk kat dalam badan atok tu dah meninggal dunia. hanya orang yang masukkan susuk tu yang boleh keluarkan semula susuk sb ade bacaan tertentu. org yang pandai buang susuk pun boleh tolong keluarkan, tapi mungkin atok masih mencari orang yang betul2 bolah keluarkan susuk kat badan atok.

nenek pernah nasihat atok supaya buang susuk tu...dulu. tapi atok cakap susah.. susah apa, saya pun xtau. atok je yang tau. satu hari tahun ini 2011, tak tahulah apa yang membuatkan atok terbuka hati nak buang susuk kat badan dia. macam biasa...atok datang rumah dan mintak tolong pak usu dan ucu dan beri alamat yang dia dapat. pak usu cakap, dia tak kenal org tu tapi alamat tu alamat kg pak usu. then pak usu call nombor org tu, nk tau org yg boleh keluarkan susuk tu hidup atau dah meninggal. alhamdulillah.. orang tu masih hidup dan boleh tolong keluarkan susuk atok. janji temu di buat dan menunggu masa yang sesuai untuk bw atok balik kg pak usu.

masanya dah tiba...
pak usu ambil cuti semata2 nak tolong hantar atok buang susuk.. sampai kat rumah org tu, atok di minta baring dan tukang buang susuk tu "scan" bdn atok dengan ayat2 tertentu. tukang buang susuk tu cakap atok ni pakai susuk banyak. dan dia tanya atok... berapa banyak pakai susuk?? atok ckp bnyk.. ade lagi 40 susuk yg xkeluar. so, nak buang semua. tukang susuk tu cakap.. kenapa pakai bnyak2. utk tujuan ap? atok cakap.. masa zaman perang dulu, atok kecik lagi. masa tu... semua anak2 muda di pakaikan susuk utk "kebal". susuk tu utk mempertahankan diri supaya xtumbang / xgentar bile bersemuka dengan komunis.tapi atok xkeluarkan susuk selepas perang tapi makin tambah susuk2 lain spt susuk utk kelihatan muda, kuat bekerja dll. 

atok  cakap dia nak keluarkan semua susuk tu sb umur dah meningkat dan takot xsempat buang dan ajal pun sampai. tukang buang susuk tu pun mungkin sebaya atok.. tapi dia jauh lebih tua dari atok. tukang buang susuk tu cakap, masa zaman perang dulu pun, org tuanya memakaikan susuk "kebal" tu, tapi selepas perang susuk itu terus di buang. dia hanya membantu org membuang susuk sahaja bukan utk pemakaian susuk bagi mereka yang mahu. dia hanya tolong buang sb kebayankan org yang mempuyai susuk ini datang minta bantuan kerana org yang memasukkan susuk ke tubuh mereka telah meninggal dunia. jadi atok sekadar membantu...

semasa susuk2 atok di buang. atok seolah2 nazak. tubuh badan menggigil, muka yang pucat, mengerang seperti menahan sakit. di muka atok terdapat banyak susuk... berlian, emas, dsbgainya. hanya 1 susuk yang sukar di keluarkan iaitu di lengan atok.. sebab keadaan susuk yang menegak bukan menyerong yang telah tertanam di lengan atok. susuk itu susuk utk kuat bekerja. pastinya.. atok merasai susuk2 yang keluar dari kulitnya.

kesan dari pembuangan susuk itu.. atok nampak tua, sudah membongkok sedikit. kulit sudah mengendur. syukur kerana Allah membuka jalan utk atok dan atok semakin kuat mengerjakan amal ibadat untuk bekalannya di alam sana. semoga atok sihat dan taubatnya di terima Allah S.W.T.