BUAT BAIK BERPADA-PADA

assalamualaikum,
hmm.. sebenarnya ade sesuatu nak type kat sini. tentang kehidupan. memang semua orang pastinya nak yang BAIK, TERBAIK, PALING BAIK. xkira dalam apa jua situasi sama ada dalam perhubungan, persahabatan, pertemuan, perpisahan dan sebagainya. 

saya adalah salah seorang penjual online di Blog & Facebook. dan saya dengan sedikit pengalaman yang ada telah berkongsi cara2 untuk membuat online bisnes dengan kawan2 yang lain. malangnya nasib saya bila salah seorang dari kawan sekerja, seoffice dulu telah membuat penipuan online sebanyak RM22K atas nama saya.

saya yang sedang mengira stock barang hanya membiarkan sahaja beberapa panggilan dari nombor yang tidak dikenali berulang2 kali menelefon. dan keesokan harinya, hati tergerak ingin menjawab.. dan semuanya telah terbongkar. Maka, saya dengan tidak senang hati dan xsenang duduk terus ke rumah kawan saya  untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

memang dah agak, dia mesti xde. 

saya bernasib baik kerana pelanggan2 kawan saya itu seolah2 percaya yang saya bukan lah BOS seperti yang kawan saya bgtau kepada pelanggan2 nya. saya explain satu persatu dan Alhamdulillah, mereka bertujuh memahami dan mempercayai. dan kami berlapan bersepakat untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya di negeri masing2. 

saya bgtau pada mereka:-

1. saya bukan lah BOS besar sepertimana yang kawan saya bgtau pada mereka.
2. duit yang di bank in adalah bukan ke akaun saya/ akaun bisnes saya.  (buktinya saya berikan melalui email).
3. saya bukan AGENT DROPSHIP (melalui orang kedua, dimana org kedua akan menerima order/wang kemudian akan membuat pesanan barang kpd agen dan agen yg akan pos barang)
4. saya TIDA K TERLIBAT

dan bila saya membuat report di balai polis berdekatan, saya minta pihak polis mengambil tindakan pada hari itu juga, dan meminta pihak polis ke tempat kerjanya yang dulunya tempat saya bekerja. atas bantuan rakan2 lama di office itu, maka si penipu itu telah pun di tangkap dan di soal siasat.

sebenarnya ada rasa marah dan geram. tapi sebab saya dah LALI dengan perangai orang yang macam ni, senang cakap.. mmg slalu kene PIJAK2 dengan orang sampai dah xboleh nak kata apa, saya anggap perkara ini selesai. kadang2 fikir, xguna kalau ada kawan yang sentiasa nak ambil kesempatan. mungkin sb saya sejenis yang XKISAH orang nak cakap apa, nak buat apa.. so, dorang dengan senang hati memperkotak katik kan saya. senang2 hati berkata itu ini tanpa bukti yang betul. akhirnya datang jugak berlutut mintak maaf. kadang2 rasa macam.. senang nya dah buat salah minta maaf. dulu masa buat saya macam2, xfikir dan x ingat. biar buat dosa dengan ALLAH, kerana PASTI Allah ampunkan. kalau dengan manusia.. BELUM TENTU.. wallahualam.