salam..
siapa kenal atau mengenali Yasmin Johan Eusoffe atau lebih dikenali sebagai Yasmin J. Hunwick??
aku selalu membaca coretan Yasmin di blognya yang kini telah 100% menjadi coretan hati ibu dan ayahnya dan pada aku ianya telah menjadi nukilan/coretan hati keluarga Allahyarhamah Yasmin Johan Eusoffe setelah kembalinya arwah ke Rahmatullah pada 03 June 2012 akibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya bersama dua lagi sahabat arwah.
aku tidak pernah mengenali arwah, tetapi aku seperti pernah melihat gadis ini di Langkawi. mungin juga orang lain. entah lah... setiap kali aku membuka halaman blognya, aku berasa seolah2 arwah juga turut sama menemani aku membaca blognya. nukilan hati ibunya Puan Sazlina selepas pemergian anak kesayangannya, pastinya arwah juga turut merasa betapa keluarganya merinduinya. video2 arwah bermain pianonya menjadi santapan sebelum aku tidur. alunan lagu, jemari halus, lembut bermain piano itu sentiasa meredakan tekanan. setiap kali itulah, aku menghadiahkan al-fatihah untuk mu Yasmin.
sejak tahun Yasmin dilahirkan iaitu tahun 1995 sehingga ke tahun ini 2013, aku akan ke Langkawi 3kali setahun, kerana makcik aku buat rombongan ke sana. sebenarnya aku sangat teringin untuk mengenali ibu ayah atau keluarga arwah Yasmin ini. ada sesuatu yang istimewa dengan keluarga ini kerana arwah Yasmin. semuanya kerana arwah Yasmin yang menjadi penyebab kenapa aku ingin sekali mengenali keluarga ini.
Arwah Yasmin sangat istimewa dan tersangat istimewa. keperibadian arwah mencerminkan siapakah sebenarnya ibu-ayahnya dan keluarganya. betapa beruntungnya ibu-ayah arwah Yasmin ini. melahirkan, membesarkan anak bernama Yasmin bukan sesuatu yang mudah walaupun Allah hanya memberi sedikit ruang waktu untuk bersama, keredhaan ibu-ayah dan keluarga merelakan pemergian arwah Yasmin juga bukan sesuatu yang mudah. kekuatan dan semangat perlu bersatu untuk merelakan puterinya menjadi bidadari syurga kelak. pastinya semangat arwah Yasmin bersama mereka.
Yasmin,
semoga kau tenang di sana
semoga kau berbahagia di sana
semoga kau bergembira di sana
semoga kau mendapat kesejahteraan di sana
semoga kau mendapat cahaya di sana
semoga kau mendapat redha-Nya di sana
Yasmin,
aku di sini tidak pernah mengenali mu
aku di sini mencari-cari sisi seperti mu
aku di sini mengharapkan kebahagiaan mu
aku di sini mahu kehidupan kekal seperti mu
Yasmin,
aku tahu,
tempat mu adalah
tempat paling indah
kau selayaknya berada di sana
betapa beruntungnya ibu ayah mu
kau memberi kebanggaan kepada mereka
walaupun ianya bukan kebanggaan yang boleh di lihat
tetapi, sesuatu yang amat berharga selain melahirkan dan
membesarkan kau Yasmin
Tunggulah ibu ayahmu di sana
Yasmin,
aku hanya mampu memberi hadiah
hadiah yang cuma PERCUMA
hadiah yang mampu menerangi jalan mu
ketahuilah Yasmin,
bukan hanya aku
tetapi semua orang yang mengenali kau
semua orang yang tidak pernah mengenali mu juga
memberi kau hadiah secara PERCUMA
dari hati kami, hati yang ikhlas
hanya untuk mu Yasmin
semoga doa kami membantu mu
AL-FATIHAH
Beautiful YASMIN
(22.2.1995- 3.6.2013)
AL-FATIHAH
pic credit to :
#untuk untie Saz dan uncle Johan, ketahuilah Beautiful YASMIN telah berada di tempat yang sepatutnya. Yasmin sentiasa ada dan hidup dalam hati kita semua, walaupun hakikatnya arwah berada jauh dari kita. saya akan berada di Langkawi pada 6 Desember 2013. Insya Allah, jika mempunyai kesempatan, saya ingin berjumpa untie dan uncle. semoga urusan saya dipermudahkan... amin.