friends engagement ceremony ..wahhhhhhhh


cewah.. wahhh, ramai kawan2 yang dah bertunang, berkahwin.. dan kalau orang nampak muka aku juga akan tanya.. "kau bila lagi".. . masa tu memang berbunga2 jugak la.. macam nak bertunang/ kawen saing2 dengan majlis dorang je.. kan?? hati berkata :"banyak cantik muka kau nak kawen/tunang saing2, nak tumpang skali majlis orang.. ingt pakai daun ke??.... ini bermakna, aku sedang kumpul duit la.. bukan xcukup lagi.. boleh dikatakan dah boleh buat majlis yang sederhana tapi meriah, tapi untuk sara hidup selepas berkahwin tu.. yang tu la yg aku tengah kumpul skrg ni.. kang lepas kawen, aku mkn pasir kang..sape susah. 

apapepun.. untuk aku nanti yang tengah2 planning ni, tiada la majlis bertunang. terus aja nikah. tapi nak jugak rasa mcm mana bertunang tu.. hati selalu berkata2 bila keputusan dah dibuat. xsuka tau... hmmm. entah la.. ini bukan perbincangan keluarga pun, bincang sendiri2 je. ahahaha. tapi aku rs ini terbaik. jimat bkn kedekut, oke.. ahahaaha.

untuk family aku la biasanya aku tgk.. (sebab family ramai perempuan). hantaran nya serba satu. ewah!! berangan nak serba satu. perasan!! tipu je tu.. hantarannya untuk pihak kami adalah BERSIH. bukan bersih 2.0 & 3.0 eh. (xde maksud nak berpolitik ye..kukikuikui). bersih bermaksud xde hantaran yang cntik2 bunga2 tuuuuuuuuuu.. xde. hantaran bersih hanya duit sahaja. arwah tok bak cakap, kahwin tu untuk menyenangkan/memudahkan pihak lelaki bukan susahkan pihak lelaki /pihak perempuan.

tapi pada aku la.. LANGSUNG XBEST!! sebab mcm xmeriah. aku mmg slalu protes. sb aku cakap ade reason..aku ade pendapat aku sendiri,  tapi untie aku cakap,mama ckp, abah cakap..semua la ckp.. mcm tok bak cakap la.. hmmm. xboleh nak lawan!! oooo..tapi aci kawen ade hantaran untuk sebelah perempuan! saje la aku nak protes lagi.. dorang kata sb belah perempuan mintak. kalau macam tu aku pun nak mintak jugak la.. degil!

yang pastinya memang xde la hantaran2 bagai untuk aku. sedih!! aku nak handbag OROTON, aku dah bli kasut FERRAGAMO, hentam dulu pakai pegi keje sb xnak kantoi. aku nak..aku nak..aku nak.. siap dah beli tu yang xtahan. xkan kasut yg dah pakai nak letak atas dulang?? xpe, beli lagi. tapi aku nak jugak.. bila difikirkan balik.. betul kata arwah tok bak.. (duduk tepi katil smbil fikir), semua tu menyusahkan dua2 belah pihak. nak cari barang2 sume, cost mahal + masa mencari2 barang tu. kalau aku mahu setahun cari barang, madah xberkenan aje kan. baik2 kawen tahun ni, postpone tahun depan sb barang xjumpa. kan gila aku mcm tu. ahahaha. aku mmg boleh bayangkan.. ahahaha . ala..aku punya insaf tu sekejap je.. pikir kebenaran apa yg arwah tok bak cakap tu je yang lama. insafnya.. xsampai 10min pun. aku tetap dengan pendirian aku, nakjugak hantarannnnnnnn.. nakkkkkkkkkk!!!

" KALAU ADA DUIT, BOLEH JE NAK HANTARAN TU, TAPI MASALAHNYA INI ADALAH RULES BUKAN SOAL DUIT !!! RULES KELUARGA ARWAH TOK BAK. TAPI, AKU NAK JUGAKKKK!!! sb orang lain boleh je hantaran cantik2..tp aku xde.. sadis!

aku sebenarnya nak share gambar kawan2 yang dah bertunang.. ewah, xlama lagi nak kawen! sangat2 gembira untuk mereka.. jom tengok!!


ini seri marlina, dia ni kawan sekolah kindergarden aku. bertunang pada 25/5/2013. untuk seri, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko. semoga pertunangan ini berakhir dengan perkahwinan. semoga berbahagia selalu.


 ini kawan aku masa kat uniten, muadzam. ex-roomate & ex-housemate. namanya lasteri. kiteorang panggil dia ary je.. kalau orang kata aku kecik, budak ni lagi kecik sikit la dr aku. ehehehe. dia bertunang 1 jun 2013. untuk ary, aku doakan semoga pertunangan ini kekal  ke  alam perkahwinan. semoga berpanjangan jodohnya. amin


ini pulak nor haizan. kawan masa di uniten jugak. ex-classmate. seorang yg fashionable, sangat sporting, sangat baik, soft.. kadang2 kelakar. kiteorang panggil dia ejan je. untuk ejan, semoga pertunangan ini kekal ke alam perkahwinan. kekal ke akhir hayat. amin.


untuk semua, semoga apa yang dirancang akan dipermudahkan oleh ALLAH. jangan berhenti berdoa dan yang pastinya, kita hanya mampu merancang, segalanya2 ketentuan-Nya.