salam semua..
betul kata Tun Dr.Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA.
aku bekerja di Etiqa Takaful Berhad dengan agensi TUAH JP CONSULTANCY. sepanjang aku bekerja di sini, aku boleh lihat berapa ramai orang melayu yang aku jumpa yang ada kesedaran.yang lain2 menganggap 'TAK PERLU'.. 'TUNGGU DULU'.. 'TAK CUKUP DUIT BULAN NI'.. 'TANYA MAK AYAH SUAMI ISTERI'.. ada jugak kawan2 aku cakap.. datuk nenek xnak tanya?? mungkin sb dah bosan dengan alasan2 prospek yang slalu bagi alasan xlogic.
apa yang aku boleh cakap..
"DUIT MEMANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TETAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT." apa lagi zaman sekarang ni?? betul tak??
nak pergi toilet pun kene guna 20sen. kat JB ni ade toilet 50sen. Nak masuk Liang Lahad pun perlu duit, bukan F.O.C? mungkin kalau cakap macam ni dengan customer, mmg kurang ajar sangat, tapi mungkin cara mcm ni boleh menimbulkan kesedaran, sb ramai orang takut mati.
semua orang fikir, masa muda ni lah nak kerja bermati- matian. nak kumpul duit banyak2 kononnya. tapi xde simpan duit pun. setiap bulan melabur di pusat membeli-belah. kalau sakit, kat mana nak dapat pendapatan? ada orang fikir tak?
tak payah pergi jauh2, tengok aja kat mall2 tempat anda, siapakah cleaner di situ?? abaikan orang luar malaysia. siapa cleaner di situ?? berapakah umurnya?? muda ke tua??
ini jawapannya, cleanernya adalah MAJORITI ORANG MELAYU, UMURNYA 55TAHUN KE ATAS, SEMESTINYA WARGA EMAS. kenapa mereka semua bekerja di usia senja yang sepatutnya mereka hanya duduk di rumah, membuat amal ibadat dan bermain2 bersama cucu-cucu mereka. tetapi mereka bekerja sehingga 10 malam??
mereka bekerja kerana, hilang punca pendapatan (suami meninggal dunia), mereka bekerja kerana duit simpanan/duit kwsp habis (duit simpanan xcukup nak menampung kehidupan), anak2 tak bagi duit tapi mintak duit. kita hanya mampu kesiankan mereka dengan nasib mereka. betul tak?
di sini, saya ingin tekankan tentang HILANG PUNCA PENDAPATAN. jika anda bergantung kepada suami dan keluarga bergantung kepada anda. bagaimana sekiranya TEMPAT BERGANTUNG ini TIDAK PANJANG USIA, HILANG UPAYA KEKAL atau pun MENGHIDAPI PENYAKIT KRITIKAL?
bagaimana dengan mereka?? bagaimana pula dengan anda?? anak2??
yang tidak panjang usia, mereka tidak lagi memikirkan hal-hal duniawi. tapi bagi kita yang masih hidup, perlu meneruskan kehidupan. kita perlukan kewangan jangka-panjang. jika tidak ada perancangan kewangan jangka panjang, kemungkinan nasib anda sama seperti mereka2 ini. cuba bayangkan anda berada dalam keadaan HILANG UPAYA KEKAL, tidak lagi boleh bekerja, keluarga hilang punca pendapatan dan harus menjaga anda. bagaimana?? hanya satu, anda hanya menginginkan kematian ke atas diri anda kerana anda merasakan yang anda memberi beban kepada keluarga anda. betul x? saya kongsikan dengan anda di sini:
![]() |
anak tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana tidak mempunyai kewangan yang cuku. |
![]() |
tiada simpanan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatan anak |
![]() |
tiada perlindungan kesihatan dan tidak mampu membayar bil hospital |
![]() |
bekerja di usia senja |
![]() |
menyebabkan penceraian |
![]() |
anak berhenti sekolah kerana hilang punca pendapatan |
![]() |
duit pencen tidak mencukupi terpaksa bekerja semula |
![]() |
tiada sumber bantuan |
tiada sesiapa pun meminta untuk dirinya di timpa musibah (kemalangan/sakit/kematian). musibah adalah sesuatu yang kita tidak boleh jangka. kita tidak boleh ramal. setiap kali kita melangkah kaki keluar dari rumah, kita sebenarnya sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku. kerana, kita tak akan keluar rumah pada setiap hari sekiranya kita tahu sesuatu yang buruk akan berlaku kepada kita. betul?
fikirkan..
anda memerlukan perlindungan pendapatan (perlindungan hutang, perlindungan kesihatan)
anda memerlukan jaminan pendapatan (pendidikan anak, persaraan)
orang 'kita' suka memberi alasan, orang 'kita' suka mendengar cakap2 orang. dan sekiranya orang 'kita' di timpa musibah, tiada lagi alasan yang diberi kecuali penyesalan, dan orang2 yang bercakap itu tidak akan menghulurkan bantuan. ianya realiti.. bukan fantasi.
sila add saya di FB, https://www.facebook.com/zefa.perundingkewangan