Kerja..kerja..kerja..

aku tengah pening kepala otak.. aku dah reject kerja tu, HR tu call aku hari2 offer kerja tu. dgn alasan x ade yg qualified. oh, so sweet. sekarang ni sebenarnya aku tak ada masalah dengan ETIQA TAKAFUL BERHAD ni. nak buat part time, nak buat full time.. up to you kata boss aku.

sekarang ni. ade dua company yang beriya-iya sangat ni. ye lah.. before ni aku hadap keje gov aje. buat keje audit, buat kewangan segala. praktikal pun dekat gov, orang2 situ semua dah kenal muka aku... masa tu ade pulak yang siap cakap dengan staff  " jangan pandang sebelah mata dengan dia, orang lama tu.. ", (sebenarnya bila kita bekerja, xkira la org lama or baru, yg bezakan kita adalah skill, cara kita bekerja, dan aku siap warning minah tu, jgn ckp mcm tu lagi, bnyk sb la kenapa.. lg pun aku cuma hadir utk praktikal bkn permanent employ) siap aku dapat bilik sendiri, speacial treat dr orang2 gov. budak praktikal lain, duduk dengan supervisor lain berasak2 kat luar. kadang2, aku panggil dorg yg budak praktikal tu masuk bilik, ber hu-ha-hu-ha tengok running man. ada jugak yang cakap aku ni spy boss. nak tengok staff bt keje ke x?? nampak sgt la kau xbt keje.. kan?? ape2 je la.. aku dah selamat abes praktikal. tq en.fahmi,boss yg menepati masa. aku suka.

dan aku rasa, bekerja di gov.. semua orang boleh kerja tp susah nak dapat, kerja yang mudah. sb xde cabaran. bagi aku la. sistem kerja yang kadang2 oke, kadang2 xoke. untuk individu, boleh aku cakap.. xde disiplin. masuk keje pukul 8, tapi org lain yg punchcard. dulu ms aku kat ofis lama, xde org berani nak dtg lambat/org lain punchcard sb aku kutip punchcard letak dlm bilik. sape dtg awl/lmbt aku tau la muka2 dorg ni. org gov suka delay2 kerja. itu aku xsuka.. mcm aku cakap, kerja senang xde cabaran, tapi xboleh nak siapkan. nak2 hari jumaat, merewang2 la lupa nak masuk ofis. pukul 5 baru masuk ofis. cuba keje private, kalo xkene berhnti, jgn ckp la.

bila aku masuk swasta, kerja sgt bersistem. aku suka.. sgt suka. tapi ade jugak yg xberdisiplin mcm gov. setakat hari ini, aku akan mempertimbangkan kerja yang datang serentak yang tak di duga langsung ni. seriusly, aku xsangka rezeki datang serentak, dan aku dah blank nak pilih yang mana. Datin Zu pagi2 dah call, please hantar resume.. ahahaha.. petang2 tu jugak la aku pegi rumah datin ni. nak jg hati jugak ni.

ni la namaya rezeki, syukur sangat sb aku xmintak pun semua ni berlaku macam ni. sebab aku dah bekerja.. walaupun kerja aku ni aku xbuat full time sgt, kdg2 full time kdg2 x, aku still ade gaji every month. income untuk bisnes online pun ade jugak. income untuk tudung kat butik mak sikin pun, alhamdulillah.. sentiasa repeat order.. projek terbaru aku buat, untuk wedding/bertunang pun sgt2 bgus, bnyk dpt tempahan, veil, bunga tangan n hantaran. so, still ade income.

kalau aku boleh mintak company tu gantikan aku dengan orang lain yang belum bekerja kan bagus. mungkin ramai yang nak kerja kan sekarang ni.. tapi xpe, untuk kawan2 lain, aku rasa lambat atau cepat pasti akan ade rezeki. yang penting jangan putus berdoa. Allah akan makbulkan doa kita semua..

sekarang ni aku nak decide betul2, company mana yang aku nak kerja... pening jugak nak fikir. kalau salah satu tu yang awal, blh jugak 1st come 1st serve. tapi masalahnya serentak.  dua2 HR executive jugak tu. salary pun not bad.. mcm mana?? istikharah.. insya allah..  semoga dipermudahkan